Mak Ety

Thursday, April 06, 2006

Jumaat 7.4.2006

Sebenarnya dalam fikiran ni ada banyak benda nak tulis, tapi tak tertulis. Entah apa-apalah aku ni.
From the last posting sampai sekarang ni ME masih sibuk ngan anak-anak sedara yang berulang ke hospital. Lepas bawa Ririn jumpa Doktor dan dah terpaksa pakai cermin mata dan next week ada appointment ngan pakar kanak-kanak pula, semalam bawa Wawa gi periksa cermin mata dia yang baru tukar 4 bulan lalu dak naik lagi powernya..masa buat cermin mata dulu, Doktor tu suruh bawa glass tu 4 bulan kemudian, bila bawa masa follow up tu dah naik power pulak! Dahlah kat klinik mata HKL tu sesak sesangat dan tersangatlah ramai pesakit, nasib baik ME tak tunggu lama, tapi terpaksa ikut doktor tu kehulu kehilir, dari satu bilik kesatu bilik...ikutlah garisan warna yang dibuat kat lantai klinik tu ..Kak, ikut line kuning ye terus sampai bilik RA....Kak, ikut line merah terus masuk bilik Dr. Karuna ...dahlah sesak, kena tengok lantai yang ada line penunjuk arah...Bayangkan , itukan ke klinik mata...kena ikut line nak masuk mana-mana bilik seperti diarahkan, kena jalan tunduk takut silap line... staff kat klinik tu biasa je mengelak-ngelak pesakit yang jalan tunduk...kelakar betul..Ada 2 orang nurse kat klinik mata tu yang dah kenal sesangat ngan ME, bila nampak jer mesti mereka tolong ME....sorang putih, kak Wan, sorang hitam manis, Kak Rok...tiap kali ME gi klinik mata, sure depa tolong bagi beres ngan segera....in 2002, Apak mengalami perdarahan dalam mata yang hanya beliau sendiri yang nampak, kita tak nampak. Apak kata lots of bintik hitam dalam mata dia. Jumpa Doktor dan masa doktor periksa mata dia, doktor kata blood vessel dia rupured. Masa tu kami baru balik dari Umrah. masa kat Mekah kami sumer pakai sunglass sebab panas memancar kat batu marmar masjid buatkan mata silau, tapi Apak tak pakai dia kata tak selesa...balik Mesia jer, mata Apak terus jadi gitu. Nearly 4 bulan Apak MC dan berulang ke klinik mata HKL. buat laser dan refer pada Pakat mata dari Austrlia yang datang untuk hadiri conference kat Mesia tangkap dan pinjam jap untuk tengok kes Apak...Dari Airport dia terus dibawa kaKlinik mata tu ngan beg dia sekali...terus masuk ofis dan examine mata Apak....Dr. Goh pakar mata yang merawat Apak dah contact dia kat Australia and discuss about Apak nya eye problem...it's very rare case....Nape Dr. Goh tak suruk Apak gi Australia jer jumpa Dr. tu eh?...best gak ME leh ikut....(anyway the following year tu ME ngan Apak gi Sydney ikut Apak outstaion..!...) Mereka minta izin nak present case Apak kat International Conference tu. Before that Dr. Goh and team dah present case tu kat HKL weekly clinical presentation.
Alhamdulillah after 4 months mata Apak o.k dan bleeding pun tak de, he don't see no more black spot!
Dr. advice Apak no reading, no bending, no stressing? no sitting infront of laptoping?...mundane la idup Apak.....Bila pulak Apak nak ikut sumer tu?.....curi2 buat sumer tu...ME mana tau sebab ME tak der kat umah...kan? Dari situlah ME and Apak kenal ngan staff kat klinik mata tu...hari-hari datang buat laser...ME kena bawa Apak gi sepital dan hantar balik, pastu baru gi opis....( Staff Apak akan dtg rumah kalau ada apa-apa yang penting, PA dia tetap bagi briefing tiap-tiap pagi via phone and sometimes dtg umah!...nyampahlah....keje dalam MC. Kalau ME sibuk, mintak tolong staff dia hantar gi sepital dan jemput!....dah lah MC, keje buat gak...korang tolong antar dan ambik ...)
Itulah sejarah ME ngan klinik mata....dan sekarang bebudak tu pulak dok berulang gi klinik mata. Semalam tu ME suruh Kak Wan dan Kak Rok pilih sendiri corak mana yang depa suka...sepasang sorang....itu adalah penghargaan ME pada mereka berdua, both are assistant nurse dan tahun depan dua-dua nak pencen dah.
MRI 3.4.2006
ME buat MRI kali ke 3 dan ditemani Apak. Appointment 2.00pm. Selalunye masa baring dalam terowong tu tak pernah pulak ME rasa sakit kat kaki atau pinggang, tapi kali ni baringan ME kena tinggikan kaki atau bengkokkan lutut letak atas kayu khas, radiographer tu kata kali ni memakan masa lama sikit. ME o.k jer, tapi semasa proses pengambilan gambar MRI tu, pinggang dan kaki kanan ME tersangatlah sakitnya, rasa nak menangis...ME goyang-goyangkan jari-jari kaki dan bila break kejap ME angkat punggung. It took the sejam setengah!...Buat MRI ni, masa masuk gelung tu, betul rapat ngan badan satu inci dari hidung! macam dalam kubur rasanya. Masa procedure berlangsung tu, macam-macam bunyi dari mesin MRI tu...kuat yang mat-amat, dahlah macam rasa dalam kubur, ngan bunyi kuatnyer...(mungkar-nangkir datang ker?...muzik yg dipasang tak dengar, headhone pun tak guna...bunyi msein tu lagi kuat! ) ME mengucap dan bacalah macam-macam ayat dan berzikir jer...
Bila selesai tak bolih bangun terpaksalah radographer tu angkat dan pimpin ME jalan sebab kaki dan pinggang sakit. Nasib baik Apak temankan kalau tak macam mana nak drive.
Ada sesapa kenal Mr. Zamyn Tan Sri Dato' Zuki?
Dialah pakar spinal yang ambil alih rawatan untuk ME. Tan Sri Dato' Zuki tu salah seorang panel disiplin UMNO...(ME tak join parti mana-mana )
Dia pakar spinal dari hospital Alor Star, Kedah yang operate 2 kembar remaja yang mengalami Scoliosis- tulang belakang yang bengkok tu. Dia panggil ME jumpa dia kat hospital Putrajaya dan jumpa Apak sekali dan 'sexplain' ( pinjam term taggers Joe..) Semalam lepas gi klinik mata, ME pun ambiklah report MRI tu...buat masa ni adalah report tu ngan ME, bila nak jumpa Mr Zamyn?.. Dia gi German last week, dah balik ker?.....
Nak buat operation kat mana?...German...? wuah...wuah....Kat Hospital Putrajaya ker? Hospital Selayang ker? Hospital Kuala Lumpur Ker? Hospital Sungai Buloh ker? yang belum buka lagi dimana Mr. Zamyn will be the head of department kat Spinal Unit nanti ATAU kat Hospital Alor Setar Kedah dimana beliau punyai team yang terlatih dan familiar ngan cara kerja beliau !...belum ditentukan lagi...................................
Hari rabu 5.4. ME gi shopping sorang-sorang, gi Semua House beli 4 blouse dan 2 pants ! nah ngko...lama tak shopping sebab pinggang dan kaki sakit kalau berjalan jauh sikit. Bila sakit ME pura-pura tengok barang yang bawah sekali supaya dapat cangkung sekejap, bila berdiri balik rasa legalah kejap. Pastu ME singgah kedai kaset dan beli kaset Mior Suhaimi cari CD tak der belilah kaset dia 'Epilog Cinta Dari Bromley'. Lama tak dengar lagu tu memang sedap lagu puisi tu. Kaset keroncong dan asli tak der....lain kalilah nak ronda lagik cari lagu asli dan keroncong pulak!... ni Kak Teh fm dari London tu punya hal lah ni...nostalgic gitu .
Kat opis memang la sibuk...ME kuar rumah jam 6.20pg, sampai opis jam 7.45pg!.....jemunya dalam perjalan tu, sib baik dengar radio IKIM dari 6.30pg - 6.45 sambung ngan KLFM ustaz Wan Sohor -7.00pg dan switch back to IKIM till 7.25pg pastu barulah dengar antara Hot Fm dan radio ERA....Setiap Friday, ME singgah beli kuih dan beri pada security guard yang jaga opis...dah routine ME every friday mesti beri kuih, kalau lambat tu rasa guilty tak sempat nak beli...tapi ME usahakan juga beli...do'alah punch card tu lambat...alhamdulillah, masa itu ditanganNYA.
" Life is so Short"
ME terfikir, kalau kengkawan blogger ni meninggal dunia....macam mana nak bagitau kengkawan blogger yang lain?..... sesaja jer nak bagi berfikir?...

1 Comments:

Post a Comment

<< Home