Mak Ety

Friday, March 31, 2006

31.3.2006
Masalah mata Ririn


Last week Wawa tepon kata Ririn pengsan kat sekolah, cikgu hantar keklinik berhampiran. Usop MA yang keje kat Klinik kesihatan tu kata Ririn tak cukup darah 10.5gm% jer, dia suruh bawa Ririn ke Hospital KKB buat full medical check-up. ME call adik A*** tanya apa hal Ririn dan ME pun seperti biasa akan berleterlah ngan adik...make sure dia bawa hospital dan suruh dia bagitau Doktor buat referral ke HKL senang ME uruskan. Budak tu dah 11 tahun, kenapa pengsan? Ririn ni tak suka makan, makan memilih, kalau minum milo segelas dah rasa nak muntah dan kadang-kadang termuntah dah pun. Dia ni lemah lembut, terlentok kalau bercakap....anak bogsu dari 3 beradik, tapi sekarang dah tinggal 2 beradik jer, abang meninggal dunia semasa darjah 4, dia ada masalah chronic heart failure, Dr. tak bolih buat apa.....usik pun nanti dia akan susah...tak usik pun susah....it's like a time bomb in him...anytime he can just ........fair enough...one day, he 's not well, just lie on asofa....ME dan Apak pergi Sungkai ada wedding....Adik and family dia tak ikut sebab abang demam. Semasa makan kat rumah orang kenduri tu adil call kata Hasni dah tak de...ME tak berapa dengar 'cos bunyi musik kuat sangat, maklumlah rumah kenduri kahwin....sedara sebelah arwah mak, So dok cari tempat untuk dengar suara adik betul-betul.....terus bagitau Apak dan jumpa mak cik bagitau Hasni meninggal...sudden death, sedar mara yang lain pun ramai kat situ, kami terus balik kampung dan adik kata dia meninggal sesampai di hospital KKB. ME call KKB hospital dan minta mereka confirm the death dan clearkan jenazah untuk terus bolih dibawa balik kerumah. ME bagitau doktor kat hospital tu diagnosis dia dan tak perlu post mortem....He is the darling of Apak and ME...manjakan dia sebab ME tau dia tak lama hidup...Thanks to ALLAH yang meminjamkan Hasni kepada kami dan kami sekeluarga redha akan pemergiannya. That's how ririn ngan Wawa tinggal 2 beradik jer. Ririn memang sangat rapat ngan abang dia. Since then Ririn jadi pendiam, tak berapa aktif...sedih lah nak citer kat sini...dah tak nampak apa yang ditaip ni...
Kalau ME balik kampung, dia akan cepat2 tunggu ME kuar keter dan terus masuk gantikan ME kat seat depan keter dan terus ajak Apak jalan-jalan....sepupu yang lain duduk kat seat belakang....Apak dengan akurnya akan bawa bebudak ni jalan-jalan sampai Tanjung Malim dan minum-minum kat kedai mamak atau ronda kat UPSI sebab diaorang mesti nak tengok rumah Apak masa kecik-kecik dulu iaitu kuarters kerajaan kat UPSI tu....itulah rutin mereka ngan Apak