Mak Ety

Friday, March 24, 2006

24.3.2006 Setelah sekian lama

Apasal ME malas nak menulis ni...Sebenarnya banyak yang patut dicatatkan. Semenjak dua menjak ni ME terbizi skit...bizi pasal keje, bizi pasal kesihatan, bizi hal keluarga, jadi sebab tu la yang susah nak konsentret menulis. Sepatutnya menulis untuk blog ni santai-santai jer, tapi nak mula bersantai tu la yang berat. Dalam kepala ni nak mencurahkan perasaan, tapi tangan tak tergamak nak menaip. Komputer depan mata, syreamyx sentiasa on kalau kat rumah begitu gak di opis, tapi rupanya bukan semudah itu untuk jadi penulis. ME kagum ngan Mak Andeh, Kak Yan, Aunty N, Kak Teh (ni memang la penulis...tak disangkal lagi!..) dan yang seangkatan dengan nya yang saban hari tetap menulis kat blog, taklah kita tertunggu-tunggu citer baru kan?...walaupun citer kejadian seharian, tapi itulah penghibur atau teladan atau sebagai penglipurlara di zaman IT ni....ME kalau ada masa pi lah baca-baca blog orang lain, tapi masih tak menyambung blog sendiri...Kalau Joe punya blog tu tak sesabar jer nak soh sambung, tetap baca citer dia, berblog ni tempat kita mencurahkan suara dalam hati. Kita sebenarnya sentiasa bercerita dalam hati kita sendiri setiap masa dan adalah sesuatu yang amat bagus jika kata hati kita dapat dikongsi bersama orang lain. Jika kita nak mencurahkan kata-kata dalam hati kita, kegembiraan atau kegusaran atau kesedihan secara personally ngan sesape pun waima pun yang paling hampir ngan kita, sangat lain cara untuk kita meluahkan, tetapi kalau dalam bentuk penulisan ni, ada satu kepuasan pada catatan yang diluahkan. Itu pendapat ME la...dan kalau ada yang baca pun, kita akan sama-sama merasa suara hati penulis dan ada masa dibincangkan, ada juga memberi semangat, pendapat, itulah suara-suara hati yang tak terucapkan oleh mulut , tak terungkaikan dengan suara yang sepatutnya didengar telinga akan tetapi adalah kata-kata antara hati sesama insan...
Dari bulan Februari, ME dok berulang alik ke Kota Bharu, Kelantan. Apak dok drive, dari K.L kol 2.00pg, tidor tepi jalan jap dan sambung sampailah waktu subuh, singgah mesjid sholat subuh dan singgah gerai makan nasi berlauk atau nasi dagang....bab makan yang best ni, 'cos Apak suka singgah makan kat gerai-gerai kampung on the way to KB ni...murah dan nasi berlauk ikan tongkol yang sedap tu....
Ada masa tu ME naik pesawat...pergi flight pagi @7.00, balik flight petang @3.00. Kalau drive kena tidor kat KB sebab perjalanan memakan masa 6-8 hours. Anak sedara yang dok belajar kat KB pun tak sempat nak jumpa. At one time tu tidor kat Perdana Hotel sebab kebetulan manager hotel tu tau ME gi KB, ajakla dok hotel tu dapatlah discount sikit, sebenarnya dia nak sembang ngan Apak, dia tu dulu staff Apak, dapat offer kerajaan negeri jadi manager hotel Perdana, dia pun balikla ke KB, walhal dia tu engineer kat dept. Apak dulu tu...kerja kat KB tu dia balik kampungla...Ada gak tido kat PCB resort...(pantai cinta berahi ..opps...pantai cahaya bulan la...)
Kesibukan seterusnya, hal opis tak habis-habis, bos ME pulak tu kalau ada hal yang nak bincang, kol 11.00mlm pun call ME kat rumah, walhal dia bukan nye tak tau ME ni ni kan ke macai jer...nak gak dengar pendapat kita, tak cukup kat opis, wiken pun call. Pernah at one time ni kol 7.00ptg dah nak maghrib dah, dia dok call katanya dia dah bagi nama ME ngan sorang lagi kawan ME pada KP dan SUB. Ini hal besar melibatkan kepentingan negara dan Kementerian secara amnya!..wow terasa la penting juga diri ni, walhal kuat melawan gak!... Kununnya kami kena mengambil alih tempat / kedudukan yang terhangat tersebut dari team yang sedia ada!...wow....hebat tu...ME bincang ngan Apak the consequences jangka pendek dan jangka panjang dan kesihatan ME..
Kesibukan yang lagi satu adalah tentang kesihatan ME. Buat masa ni ME default pi physio pasal sakit belakang ni, dapat surat light duty, nak wat ape surat tu kan? ME bukan nya kerja kat ladang ker... Lately sakit belakang tu bertambah teruk, maksudnya kalau ME berdiri 10 minit jer kaki kanan akan terasa sakit yang teramat, berjalan sejauh 20-30 meter dah sakit kaki kanan tu.... kalau buat tak tahu jer, teruskan juga berjalan atau teruskan berdiri lama, kaki kanan tu akan terasa kebas dan tak terasa dan kena heret jer la dan tersangatlah sakit!....
ME punya pain threshold sangat tinggi, Insya'allah. Bila sakit tu, cepat-cepat lah duduk dan jika tak de bangku, cangkung jer!!...So, ME elakkan pi shopping, elakkan pi pasar, elakkan berdiri lama-lama atau jalan jauh-jauh, aktiviti berat dah tak de, no more aerobics (macam la selalu sangat buat!....) No more brisk walk kat tasik titiwangsa or tasik seri gombak, just sit around, ngadap komputer, memang tak banyak berjalan. Tapi kerja tetap banyak!....Drive masih bolih lagi, sebab keter auto, Dr. C kata, kalau duduk tak pe yang jadi masalah bila berdiri or berjalan, 'disc' yang collapse tu dok tindih nerve root dan ini berlaku dilumbar yang ke 4 dan ke 5. Dah buat MRI few times... Kalau masa baring tak nampak nerve tu kene tindih masa buat MRI, kalau ada cara buat MRI tu sambil berdiri kata Dr.C, tu mungkin nampak.
Dah buat 'nerve block' kat OT under local anaesthesia, hilang sakit seminggu jer lepas tu sakit balik.
Dan yang mencabar sekali apabila Dr. C tu mencadangkan ME buat surgery kat belakang tu dan nama surgery tu 'PLIF' atau pun 'ALIF' ="Posterior lumbar interbody fusion" - open up from the back or " anterior lumbar interbody fusion" - open up from the front dan atau 'TLIF'= " transforaminal interbody fusion" open uo dari mana ye?.......Dr. C kata 50:50 !!! Ada yang terbaru, tak payah open surgery, tapi Dr. C tak explain ngan ME iaitu 'microdisectomy' dimana tak yah nak open up....mesti dia tak tau nak buat ni...lom blajar lagik kot! ME dak kopek sana sini kat internet!!...kalau kat oberse memang canggih cara depa merawat sakit belakang ni....Dato' Seri A**** Ibr**** pun pi German buat surgery, tu yang bolih jalan tu.....dengan izin NYA jugak...Alhamdulillah. Pada mulanya ME nak mengontek pakar-pakar kat oberse tu nak tanya-tanya pasal masalah belakang ME nih...cari sepital yang bolih tolong, pastu cari sponsor + duit EPF yang sekomit tu, tanya insurance lobi JPA dan nak tengok setakat mana depa dapat tolong ME.....Takkan after 25 yrs dah serve gomen, tak leh tolong skit....tapi siapalah kita, sekadar rakyat jelata yang hina , bukan ahli politik macam MB negeri Ke*** yang dapat rawatan oberse just nak pulihkan dari stroke and doing physio pun in Singapore.......
Seringkali ME do'akan agar dapat jumpa Dr. yang bolih bantu ME. Apak pun selalu kata, do'alah mudah-mudahan dapat jumpa Dr. yang bagus. Bila di imbas kembali, ME bersyukur kehadrat Ilahi kerana ME dah menunaikan rukun Islam yang kelima dan juga dan buat Umrah. Bayangkan dalam keadaan sakit belakang ni, nak kena banyak berjalan, sae'i=safa ke marwah, tawaf, dari apartment ke mesjid dan dari kemah di Muassin ke Mina untuk melontar...Nasib baik la masa tu tak lah belakang ME sakit macam sekarang ni, sekadar sakit kalau silap posisi atau angkat barang berat ker. Tetapi masa pi Umrah 2004 dalam bulan Ramadhan, ME dah sakit teruk belakang tu, tapi ME bawa kerusi lipat untuk sholat tarawih dah sholat hajat. Pada 20 Ramadhan terakhir, Masjid Nabawi dan Masjidlharam akan mengadakan sholat tahajjud bermula jam 1.00pg sebanyak 20 raka'at hingga jam 3.00pg. ALLAH S.W.T yang MAHA BERKUASA, semasa ME buat tawaf pusingan pertama untuk tawaf Umrah, kaki dah sakit dan berpaut pada Apak dan dah tak rasa kaki tu ME heret jer, lepas satu pusingan kami berhenti kat 'Multazam' dan ME dan Apak berdo'a agar belakang dan kaki ME tak sakit kerana ME datang dari jauh untuk beribadat di Baitullah dalam bulan yang mulia dan mohon dipermudahkan serta mendapat keberkatan NYA...Alhamdulillah, pada pusingan kedua dan hingga sae'i dah tak sakit lagi....
Dah 12.30 malam ni, ngantuk dah....nanti sambung lagi pasal do'a ME, Apak dan Bos ME untuk mendapat Dr. yang bagus bagi merawat belakang ME ni...

1 Comments:

  • pb,
    ME ada keje kat KB dan at times gi berurut kat pengkalan chepa sekali urut 80 hinggit dan bertungku sekali...3jam sekali urut!...pinggang sakit gak!...hampeh betul!...nak pi operationlah jugak!

    By Blogger ety, at Thursday, April 06, 2006 5:39:00 PM  

Post a Comment

<< Home