Mak Ety

Monday, January 16, 2006

Kesunyian Apak
Last update on the 4th Jan. The next day, aku dengar tepon bunyi, ingatkan make-up call, tak tengok jam pun...the another ringing tone, jam dah 5.30pg picked up the phone, rupanya ada call...nama tertera kat screen h/phone Haz***, apasal pulak tepon subuh2 nih? apahal yang urgent sangat tu?...Akuberi tepon kat Apak dan kata Haz*** call, aku dengar apak mengucap panjang....dan beristigafar dan terkedu, aku diam aje dan tengok aje muka Apak, apa hal pulak kawan dia nih?...Then Apak pandang aku kata Haz*** dah tak ada, meninggal dunia pagi tadi, accident kat depan KLCC, yang call tu wife dia...aku pun terkedu...jenazah kat HKL. Kami sholat subuh dan terus ke mortuary jumpa mrs. dia. Sedih tengok masa tu mrs dia sorang2 jer...muda nampaknya, tak lama lepas tu adik ipar dia datag dan aku ngan Apak berurusan ngan staff mortuary tu minta buat post mortem first case. Dr. janji buat by 8.30 am...sebab dia kena baca report polis dulu, ada a few cases yang dia kena buat post mortem hari tu.
Then aku ngan Apak berurusan ngan pihak pengurusan jenazah untuk mandikan dan sholat jenazah sekali. Nasib baik lah kengkawan kat HKL tu menolong, settlekan transport untuk bawa jenazah balik ke Sg. Petani, Kedah. Apak contact sumer kengkawan bagitau Haz*** dah tak de. By 9.00am, penuh lah mortuary tu ngan kengkawan dia, aku manalah kenal...aku dengar je lah dia orang sembang some of them tu dipanggil Datuks ramai gak...aku tak kenal. Pihak mortuary akan bagitau aku tiap2 perkembangan. Nasib baik semasa nak pi mortuary aku teringat nak bawa kain batik panjang dan kain serban yang beli kat Mekah dulu. Haji Amir yang menguruskan jenazah datang jumpa aku dan bagitau ada sorang Mamat ni bagi arahan semacam jer kat dia, Haji Amir nampak tak berapa berkenan cara si mamat ni brutal jer sergah dia dan bagi arahan, yang aku tahu Haji Amir ni lemah lembut orangnya, aku tanya sape?..dia panggillah orang tu, one guy ni datang ngan cermin mata hitamnya, nampak brutal jer...aku tanya lah, apa hal?...dia kata dia kawan siarwah, so?...aku tanya, apa masalahnya?, rupanya dia tak bagi Haji Amir tu siapkan jenazah cepat sebab ramai lagi kengkawan lum datang ziarah, aku kata siap post mortem around 10.30am then terus mandi jenazah dah sholat jenazah, around 11.30 siap dan bawa jenazah terus balik Kedah. Aku tak layan si Mamat tadi tu..sebab aku tahu masa banyak lagi..Bila siap post mortem tu, Haji Amir bagitau aku suruh sedara mara tegok dan sesiapa nak tolong mandi jenazah dijemput sama. Habis mandi jenazah, aku pelawalah kengkawan beliau untuk turut serta sholat jemazah. Memandangkan kawan aku ramai kat HKL tu, perjalanannya mudahlah, Apak cuma attend to his friend dan membiarkan aku berurusan ngan pihak HKL. Adik Haz*** aku panggil untuk menandatangani borang claim body dan ambil surat untuk pengkebumian, Aku gi ofis kengkawan dan suruh diaorang photostat surat tu banyak2 untuk sedaramara yang nak ambil E/Leave. Adik Haz*** tak bolih nak menulis, tangan beliau masih menggeletar, cousinnya yang tolong isi borang dan beliau tandatangan jer. Mrs. arwah kelihatan tenang jer. Before that, aku suruh adik ipar dia bawa dia balik rumah dan bersiap serta jemput anak2 untuk dibawa kaHKL dan terus balik Kedah. Mak mertua dan family sebelah isteri arwah sorang pun tak ikut jenazah balik Kedah. Penuhlah mortuary by the time jenazah nak berangkat ke Kedah. Segalanya selamat, alhamdulillah aku dapat uruskan dengan suasana tenang dan ditolong olih kengkawan yang bertugas kat HKL, begitu juga Haji Amir yang menguruskan jenazah, semuanya diberi discount kepada aku...terima kasih...syukur alhamdulillah. Aku dan Apak mengiringi jenazah sampai ke Kg. Haz*** diSg. Petani dan dikebumikan jam 6.00ptg, sebab jenazah bawak balik rumah dan sedara mara pulah tu tersangatlah ramainya...sholat jenazah sekali lagi kat mesjid, lewat kebumikan. Aku dan Apak sangatlah letihnya. Kami minta izin nak balik walaupun ditahan olih keluarga arwah, tapi kami tak bolih tunggu,kena balik malam tu jugak, sebab aku ada kerja the next day. Lapar yang amat2, Apak ajak makan mee udang kat Sungai Dua dah agak lewat, tanya staff Apak jalannya dan jumpalah, makan lah aku ngan Apak mee udang. Teringat Aunty N, kat mana dia tinggal agaknya, bagitau Apak, AN tinggal kat Seberang Perai, dia kata call lah, ajak makan sekali...ha..ha..member bloggerlah...mana tau nompor tepon dia, nama betul pun tak tau...La, dia pun heran gak, mak cik ni ada "blogger pal" !!dulu2 ada 'pen-pal'..
Kami tersangatlah kenyang dan tersangatlah mengantuk, janji singgah Ipoh umah SIL, tapi nak menyampaikan R&R Bukit Merah pun tak larat dah, ngantuk sesangat. Kami berehat sejam kat situ dan sambung terus dan singgah di R&R Tapah minum kopi Sha La La dan rehat lagi, sambung balik ke K.L sampai rumah dah hampir Subuh, mandi, sholat dan terus gi kerja. Di ikuti dengan hari yang sebok. Sabtu dan ahad ada kursus kat Vistana Hotel anjuran LPPKN, arrange staff yang nak pergi, sesapa yang tak balik kampung raya qurban. Sunday hantar Anak2 sedara yang sekolah kat K.L balik kampung untuk beraya, kami balik K.L sebab buat korban kat surau kat rumah k.l. Kawan datang dari Jerantut dan sambut raya kat rumah. Dari pagi sampai malam ada tetamu beraya, alah hai meriahlah pulak. Lepas sholat raya kat surau, kawan ajakdtg keruamah dia depan surau, dia buat open house, meriah jugak...Sebenarnya inilah kali pertama kami beraya kat K.L setelah 20 tahun tinggal kawasan ni. selalu korban kat kampung jer. Kat Mesjid ada 8 ekor lembu dikorban, kat surau fasa yang berhampiran ada 10 ekor dan surau fasa kami tinggal ada 4 ekor, kena bahagi2kan kawasan, kalau tidak banyak sangat korbannya satu tempat iaitu kat mesjid nanti lambat siap, disuruh buat di Qariah yang berhampiran.
Aku tak tulis lah bab-bab anak arwah yang sangat sedih tu, ada dua anak perempuan, eldest 9 yrs old dan adik baru tadika, the wife sangatlah muda dan sangatlah tabah...buat aku terharu kalau menulis hal-hal begitu. Arwah ni memang tersangatlah baik nya dengan Apak, macam adik beradik...Apak tersasa sunyi sejak akhir2 ni, aku faham. Biasanya Haz*** akan call Apak petang dan malam2 depa keluar minum2 dan lepak2 kat Coffee Bean kat Ampang City....atau kat Mapley (mamak stall lah tu)Tak pernah habis sembang mereka tu..Arwah pun selalu cakap ngan isteria dia, kalau jumpa Kak *** dia mesti "beletieq" soh sholat Dhuha lah,..sholat tahajjud la..sholat Hajat la...Sabaq aja la...sekarang ni aku pun tak bolih nak beletieq kat arwah dah...kalau masuk wad, aku akan beletieq kat dia...bawak keta tak hinggat, ni Perdana dia hancur terlanggar pokok..kuar tv, kuar newspaper...Apak kata, Apak is supposed to meet him that night, tapi kita merancang, ALLAH yang menentukannya...Syukur, alhamdulillah...Ada hikmah disebaliknya...tak bolih nak meneruskan....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home