Mak Ety

Thursday, January 19, 2006

BIRTHDAY LADY
Hari ni birthday aku....20 Januari....yang ke4* tayun, alhamdulillah, aku bersyukur kehadrat Illahi kerana menguriniakan kesihatan kepada ku dan aku dapat menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim, sujud kepadamu dan Alhamdulillah diatas segalanya yang Engkau kurniakan...bersyukur yang teramat syukur dan aku, insyallah akan terus memanjatkan kesyukuran ku dan terus ku berdoa untuk kesihatanku dan dengan itu semoga ibadahku terus dipeliharaNYA.Terima kasih Ya ALLAH diatas kurnianmu kepada hambamu ini, terima kasih diatas kebahagian keluargaku, terima kasih diatas suami yang memahami dan anak yang mengerti. Alhamdulillah keran aku punyai saudara mara yang prihatin dan alhamdulillah diatas kasih sayang yang melimpah ruah, akhamdulillah diatas rezeki yang berterusan. Ya ALLAH, IMAMku Ya ALLAH, perkukuhkan, diperteguhkan, kesabaranku ya ALLAH, dipertingkatkan dan do'a terus aku panjatkan agar aku menghabiskan usiaku dijalaMU ya ALLAH!!...Berikan aku kekuatan mengharungi hidup ini ya ALLAH dan sentiasa mendapat hidayahMu ya ALLAH. Ya ALLAH, berikan keberkatanMu keatas ahli keluargaku, sahabat2ku dan juga sahabat2ku yang kukenali dalam blog ini melalui JOE...Do'a juga aku panjatkan untuk JOE yang berada nun jauh diU.S tu...semoga anak teruna itu terus sihat dan tabah dan berjaya dalam hidupnya dan mendapat keberkatan. Ya ALLAH, permudahkanlah urusan ku seharian dan limpahilah keberkatanMu dalam kehidupan dan pekerjaan ku.....AMIM yA RABIL'ALAMIN

Tugas seharian memenatkan....tapi syukurlah segalanya berjalan dengan lancar. Malam tadi Bos aku tepon just before maghrib, beliau mencerikan tentang mesyuarat yang dihadinya petang tadi dan perdebatan beliau dengan SUB dan macam2 lagi.....beliau mencadangkan nama kau dan sorang lagi staff untuk mengambil alih BAHAGIAN ***********!!!!THAT IS A BIG THING !!!!Bos aku mahu bahagian tersebut di revamp....tukarkan sumer staff dia dan kami akan ambil alih dan of all person AKU diamanahkan memulihkan keadaan ...!!!! YA ALLAH YA TUHANKU...BERILAH AKU KEKUATAN DAN KEBERKATAN MU DAN PETUNJUKMU YA ALLAH....bahagian tersebut adalah perhatian sumer menteri dan rakyat..wah...wah...kunun nye lah!!!....Aku ni perasan lebih plak...Kisah hari ini aku nak citer gak, masa aku menulis ni...Bos panggil dan kami bertiga ktang ktung ...bincang dan bincang....suruh dia take over the whole department, kami akan back-up...jgnlah aku ngan kawan aku Ma*** je yang nak menhendelkan department yang sakit tenat tu....tahap ICU tenatnye!!!....Menteri KSU, KPK SUB kepanasan...paling panasa, SUB....nak kata padan muka dia bolih jugak lah kan?....selalu puji jer orang2 department tu....bencana dah merimpah ruah kepada BANSA MELAYU dan NEGARA baru dia tau!!!....ALLAH itu MAHA KAYA LAGI MENGETAHUI...Alhamdulillah, at last SUB sedar diri dan KPK pun ambil berat...Tapi of all person, kenapalah aku yang jadi pilihan?...hari ni birthday aku...patut cuti, masalah negara punya pasal aku datang kerja dan bincang ngan Bos....penulisan inilah tempat aku meluahkan perasaan......aku ni 'vocal' bab-bab yang betul....kalau tak betul pun aku 'vocal' gak bagitau...ada yang tak suka, sebab takut aku sound direct jer....ingat aku kata, kita kerja kerana ALLAH...nawaitu kita kena betul...jangan nak perleceh-lecehkan tugas yang diAMANAHkan...gaji tak berkat !!!
Anyway,...nantilah dulu aku akan sambung....sebenarnya ada sekumpulan orang2 aku yang bagitau ada urgent meeting at 12.15pm hari ni...ape ke halnya...aku yang patut bagitau ada meeting ke tidak...macamlah aku tak tau ada surprise untuk aku....aku pretend jer....hari Jumaat hari ni, meeting ke bende nyer?...

2 Comments:

  • heyyyyy! kak teh is the first one to wish you "SELAMAT HARI JADI DAN SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZKI"

    Have a wonderful birthday and many more to come!

    By Blogger Kak Teh, at Friday, January 20, 2006 12:49:00 AM  

  • Trima kasih KT, ME tak heboh yang ME ada blog,tapi KT dan AN dapat gak cium baunyer....bloggers yang selalu dok hang kat chatterbox Joe ada gak tanya ME nye blog...ME suruh cari...mana ada URL://makety kan?..nnt nak bagitau kat Kak Pah yg kat utara tu...

    By Blogger ety, at Tuesday, January 24, 2006 11:26:00 PM  

Post a Comment

<< Home