Mak Ety

Thursday, January 19, 2006

BIRTHDAY LADY
Hari ni birthday aku....20 Januari....yang ke4* tayun, alhamdulillah, aku bersyukur kehadrat Illahi kerana menguriniakan kesihatan kepada ku dan aku dapat menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim, sujud kepadamu dan Alhamdulillah diatas segalanya yang Engkau kurniakan...bersyukur yang teramat syukur dan aku, insyallah akan terus memanjatkan kesyukuran ku dan terus ku berdoa untuk kesihatanku dan dengan itu semoga ibadahku terus dipeliharaNYA.Terima kasih Ya ALLAH diatas kurnianmu kepada hambamu ini, terima kasih diatas kebahagian keluargaku, terima kasih diatas suami yang memahami dan anak yang mengerti. Alhamdulillah keran aku punyai saudara mara yang prihatin dan alhamdulillah diatas kasih sayang yang melimpah ruah, akhamdulillah diatas rezeki yang berterusan. Ya ALLAH, IMAMku Ya ALLAH, perkukuhkan, diperteguhkan, kesabaranku ya ALLAH, dipertingkatkan dan do'a terus aku panjatkan agar aku menghabiskan usiaku dijalaMU ya ALLAH!!...Berikan aku kekuatan mengharungi hidup ini ya ALLAH dan sentiasa mendapat hidayahMu ya ALLAH. Ya ALLAH, berikan keberkatanMu keatas ahli keluargaku, sahabat2ku dan juga sahabat2ku yang kukenali dalam blog ini melalui JOE...Do'a juga aku panjatkan untuk JOE yang berada nun jauh diU.S tu...semoga anak teruna itu terus sihat dan tabah dan berjaya dalam hidupnya dan mendapat keberkatan. Ya ALLAH, permudahkanlah urusan ku seharian dan limpahilah keberkatanMu dalam kehidupan dan pekerjaan ku.....AMIM yA RABIL'ALAMIN

Tugas seharian memenatkan....tapi syukurlah segalanya berjalan dengan lancar. Malam tadi Bos aku tepon just before maghrib, beliau mencerikan tentang mesyuarat yang dihadinya petang tadi dan perdebatan beliau dengan SUB dan macam2 lagi.....beliau mencadangkan nama kau dan sorang lagi staff untuk mengambil alih BAHAGIAN ***********!!!!THAT IS A BIG THING !!!!Bos aku mahu bahagian tersebut di revamp....tukarkan sumer staff dia dan kami akan ambil alih dan of all person AKU diamanahkan memulihkan keadaan ...!!!! YA ALLAH YA TUHANKU...BERILAH AKU KEKUATAN DAN KEBERKATAN MU DAN PETUNJUKMU YA ALLAH....bahagian tersebut adalah perhatian sumer menteri dan rakyat..wah...wah...kunun nye lah!!!....Aku ni perasan lebih plak...Kisah hari ini aku nak citer gak, masa aku menulis ni...Bos panggil dan kami bertiga ktang ktung ...bincang dan bincang....suruh dia take over the whole department, kami akan back-up...jgnlah aku ngan kawan aku Ma*** je yang nak menhendelkan department yang sakit tenat tu....tahap ICU tenatnye!!!....Menteri KSU, KPK SUB kepanasan...paling panasa, SUB....nak kata padan muka dia bolih jugak lah kan?....selalu puji jer orang2 department tu....bencana dah merimpah ruah kepada BANSA MELAYU dan NEGARA baru dia tau!!!....ALLAH itu MAHA KAYA LAGI MENGETAHUI...Alhamdulillah, at last SUB sedar diri dan KPK pun ambil berat...Tapi of all person, kenapalah aku yang jadi pilihan?...hari ni birthday aku...patut cuti, masalah negara punya pasal aku datang kerja dan bincang ngan Bos....penulisan inilah tempat aku meluahkan perasaan......aku ni 'vocal' bab-bab yang betul....kalau tak betul pun aku 'vocal' gak bagitau...ada yang tak suka, sebab takut aku sound direct jer....ingat aku kata, kita kerja kerana ALLAH...nawaitu kita kena betul...jangan nak perleceh-lecehkan tugas yang diAMANAHkan...gaji tak berkat !!!
Anyway,...nantilah dulu aku akan sambung....sebenarnya ada sekumpulan orang2 aku yang bagitau ada urgent meeting at 12.15pm hari ni...ape ke halnya...aku yang patut bagitau ada meeting ke tidak...macamlah aku tak tau ada surprise untuk aku....aku pretend jer....hari Jumaat hari ni, meeting ke bende nyer?...

Tuesday, January 17, 2006

What a day


Hari ni aku menulis sikit, ni lunch time, sejak 7.30pg tadi aku busy sesangat. Jap tadi bos bagi surat dan aku kena pi meeting ngan dia kat Putrajaya next week. Aku paling tak suka pi Putrajaya tu, last week aku seminggu kat Putrajaya. Last day tu. on Fridaylah, staff kat sana bawak aku dan dua orang lagi staff from Penang ronda2 kat Alamanda. Nothing much to see or buy, I'm used to K.L...SOGO, Megamall dan yang sewaktu dengannya....walhal aku memang tak suka kuar friday, dalam setahun ada la sesekali jer aku kuar friday lunch hour, buang masa aje aku rasa kalau pi merayap on friday, ngadap komputer lagi baik...surf sana, surf sini...mak cik ni kalau pasal berternet, tak gi shopping pun tak pe. Pagi2 lagi Bos aku dah heretaku masuk opis dia, masa tu dia tengah dikelilingi oleh staff yang lain, aku buat dek jer la...then bila dia nampak aku she just come to me...aku pun berdiri jer la. then ada sorang staff cina ni nak bercakap ngan dia, bos tanya dia apa hal, dia cakaplah, later I will settle it !.Aku pun diheret masuk ofis dia, apa lagilah dia pun meluahkan perasaan dia pasal meeting the day before, dia bagitau yang dia tak attend pun meeting ngan SUB tu sebab tak de surat panggilan, so dia buat tak tau jer la, she went for another meeting in Putrajaya. Aku hinggat dia pi meeting ngan SUB, rupanya tidak, kengkawan yang pi meeting tu bagitau dia orang kena hambat ngan SUB tu...nasib baik Bos aku tak pegi, kalau tak pasti berapi bertekak!...aku tau yang lain2 tu sumernya 'yes man' punya makhluk!...always want to be in the good book orang atasan, bos aku and her team "kami lah tu" very vocal, kalau betul tetap betul tak betul tetap tak betul lah....terima aje la silap memasing!45 minit bos aku bercerita ngan aku, orang lain tak boleh kacau lah kalau dia dah meluahkan perasaannya kat aku....kalau ada apa2 hal pun Bos aku akan tepon aku, tak kira 10.00mlm ker, weekend ker....selalunya aku dan kawan aku tu tempat dia mengadu, tapi kawan aku tu dah tukar ke headquaters, so tinggal lah aku, kekadang tu dia tepon gak kawan aku yang sorang lagik tu....Bos aku ni balu, dan takde anak, dia pernah keguguran, masa sakit tu hubby pulak meninggal dunia, dia tak kawin sampai sekarang, so kamilah tempat dia mengadu. Ada gak senior yang lain2, tapi sumer lurus bendul tak boleh bawak berunding....(bab2 yang gini tu lah....) Nearly 9.00pg baru aku bolih buat kerje, dahlah staff lain jumpa non stop. Seronok gak kerja ni....Aku ni kekadang tu penat betul, kat rumah tak ada sesapa, aku ngan Apak jer, tapi penat gak. Last night aku ikut Apak gi Mesjid, lepas maghrib ada ceramah, masa ceramah tu aku tersenguk2 ngantuk dan tertidur gak seminit dua. Tak bolih buat kerja kat rumah, aku mesti nak baring. Aku tengok Apak bolih jer buat keje dia, aku minta tolong Apak on kan laptop aku, pastu aku lepak2 dan tidur, dia terus buat kerja, aku membuta...esok tu aku minta tolong lagi dia masukkan laptop aku kedalam beg. Apak tak merungut pun, alhamdulillah...kekadang tu tertukar komputer, aku gi keje 6.30pg, seperti biasalah aku saok jer la komputer tu...Apak tepon ada bawak komputer dia tak?..ha..ha...itu bab komputer, bab name tag lagi kelakar, aku ambik jer atas kabinet tu, pasai nyer nama kami seakan sama 3 huruf, walaupun huruf 3 tu untuk nama aku kat depan, nama dia kat tengah, aku sembat jer....Apak pegi keje 7.30pg, ofis dia dekat jer...dia akan cakap ngan PA dia, hari ni isteri saya pakai name tag saya gi kerja !!...selalunya PA dia akan tepon geli2 hati bila bos dia citer pasal aku. Staff Apak sumer baik2 ngan aku. Birthday aku sehari dua lagi....yang ke4* tayun!!!...bertamabah ayu lah aku ni...biasanya aku bercuti on my birthday. Duli yang mulia tugku permaisuri akan meyambut hari kelahirannya...rakyat jelata dipelawa bercuti sama...Apak mesti tak hinggat birthday aku tu. Aku akan berdiam diri jer, kalau dia tak hinggat, aku nak pi lunch kat 'cozy corner' sesorang...kalau dia tanya nape tak keje ari ni? aku akan kata ada hal atau meeting ngan department lain tengah hari nanti! Malam nanti baru aku bagi tau aku gi lunch sesorang kat cozy...kalau sesapa nak blanja aku bolih gak...
Apakah aku akan berdiam diri?...kalau birthday Apak ngan anak, aku belanja mereka sekali gus sebab cuma selang seminggu, tapi on the day nak hadiah gak...

Monday, January 16, 2006

Kesunyian Apak
Last update on the 4th Jan. The next day, aku dengar tepon bunyi, ingatkan make-up call, tak tengok jam pun...the another ringing tone, jam dah 5.30pg picked up the phone, rupanya ada call...nama tertera kat screen h/phone Haz***, apasal pulak tepon subuh2 nih? apahal yang urgent sangat tu?...Akuberi tepon kat Apak dan kata Haz*** call, aku dengar apak mengucap panjang....dan beristigafar dan terkedu, aku diam aje dan tengok aje muka Apak, apa hal pulak kawan dia nih?...Then Apak pandang aku kata Haz*** dah tak ada, meninggal dunia pagi tadi, accident kat depan KLCC, yang call tu wife dia...aku pun terkedu...jenazah kat HKL. Kami sholat subuh dan terus ke mortuary jumpa mrs. dia. Sedih tengok masa tu mrs dia sorang2 jer...muda nampaknya, tak lama lepas tu adik ipar dia datag dan aku ngan Apak berurusan ngan staff mortuary tu minta buat post mortem first case. Dr. janji buat by 8.30 am...sebab dia kena baca report polis dulu, ada a few cases yang dia kena buat post mortem hari tu.
Then aku ngan Apak berurusan ngan pihak pengurusan jenazah untuk mandikan dan sholat jenazah sekali. Nasib baik lah kengkawan kat HKL tu menolong, settlekan transport untuk bawa jenazah balik ke Sg. Petani, Kedah. Apak contact sumer kengkawan bagitau Haz*** dah tak de. By 9.00am, penuh lah mortuary tu ngan kengkawan dia, aku manalah kenal...aku dengar je lah dia orang sembang some of them tu dipanggil Datuks ramai gak...aku tak kenal. Pihak mortuary akan bagitau aku tiap2 perkembangan. Nasib baik semasa nak pi mortuary aku teringat nak bawa kain batik panjang dan kain serban yang beli kat Mekah dulu. Haji Amir yang menguruskan jenazah datang jumpa aku dan bagitau ada sorang Mamat ni bagi arahan semacam jer kat dia, Haji Amir nampak tak berapa berkenan cara si mamat ni brutal jer sergah dia dan bagi arahan, yang aku tahu Haji Amir ni lemah lembut orangnya, aku tanya sape?..dia panggillah orang tu, one guy ni datang ngan cermin mata hitamnya, nampak brutal jer...aku tanya lah, apa hal?...dia kata dia kawan siarwah, so?...aku tanya, apa masalahnya?, rupanya dia tak bagi Haji Amir tu siapkan jenazah cepat sebab ramai lagi kengkawan lum datang ziarah, aku kata siap post mortem around 10.30am then terus mandi jenazah dah sholat jenazah, around 11.30 siap dan bawa jenazah terus balik Kedah. Aku tak layan si Mamat tadi tu..sebab aku tahu masa banyak lagi..Bila siap post mortem tu, Haji Amir bagitau aku suruh sedara mara tegok dan sesiapa nak tolong mandi jenazah dijemput sama. Habis mandi jenazah, aku pelawalah kengkawan beliau untuk turut serta sholat jemazah. Memandangkan kawan aku ramai kat HKL tu, perjalanannya mudahlah, Apak cuma attend to his friend dan membiarkan aku berurusan ngan pihak HKL. Adik Haz*** aku panggil untuk menandatangani borang claim body dan ambil surat untuk pengkebumian, Aku gi ofis kengkawan dan suruh diaorang photostat surat tu banyak2 untuk sedaramara yang nak ambil E/Leave. Adik Haz*** tak bolih nak menulis, tangan beliau masih menggeletar, cousinnya yang tolong isi borang dan beliau tandatangan jer. Mrs. arwah kelihatan tenang jer. Before that, aku suruh adik ipar dia bawa dia balik rumah dan bersiap serta jemput anak2 untuk dibawa kaHKL dan terus balik Kedah. Mak mertua dan family sebelah isteri arwah sorang pun tak ikut jenazah balik Kedah. Penuhlah mortuary by the time jenazah nak berangkat ke Kedah. Segalanya selamat, alhamdulillah aku dapat uruskan dengan suasana tenang dan ditolong olih kengkawan yang bertugas kat HKL, begitu juga Haji Amir yang menguruskan jenazah, semuanya diberi discount kepada aku...terima kasih...syukur alhamdulillah. Aku dan Apak mengiringi jenazah sampai ke Kg. Haz*** diSg. Petani dan dikebumikan jam 6.00ptg, sebab jenazah bawak balik rumah dan sedara mara pulah tu tersangatlah ramainya...sholat jenazah sekali lagi kat mesjid, lewat kebumikan. Aku dan Apak sangatlah letihnya. Kami minta izin nak balik walaupun ditahan olih keluarga arwah, tapi kami tak bolih tunggu,kena balik malam tu jugak, sebab aku ada kerja the next day. Lapar yang amat2, Apak ajak makan mee udang kat Sungai Dua dah agak lewat, tanya staff Apak jalannya dan jumpalah, makan lah aku ngan Apak mee udang. Teringat Aunty N, kat mana dia tinggal agaknya, bagitau Apak, AN tinggal kat Seberang Perai, dia kata call lah, ajak makan sekali...ha..ha..member bloggerlah...mana tau nompor tepon dia, nama betul pun tak tau...La, dia pun heran gak, mak cik ni ada "blogger pal" !!dulu2 ada 'pen-pal'..
Kami tersangatlah kenyang dan tersangatlah mengantuk, janji singgah Ipoh umah SIL, tapi nak menyampaikan R&R Bukit Merah pun tak larat dah, ngantuk sesangat. Kami berehat sejam kat situ dan sambung terus dan singgah di R&R Tapah minum kopi Sha La La dan rehat lagi, sambung balik ke K.L sampai rumah dah hampir Subuh, mandi, sholat dan terus gi kerja. Di ikuti dengan hari yang sebok. Sabtu dan ahad ada kursus kat Vistana Hotel anjuran LPPKN, arrange staff yang nak pergi, sesapa yang tak balik kampung raya qurban. Sunday hantar Anak2 sedara yang sekolah kat K.L balik kampung untuk beraya, kami balik K.L sebab buat korban kat surau kat rumah k.l. Kawan datang dari Jerantut dan sambut raya kat rumah. Dari pagi sampai malam ada tetamu beraya, alah hai meriahlah pulak. Lepas sholat raya kat surau, kawan ajakdtg keruamah dia depan surau, dia buat open house, meriah jugak...Sebenarnya inilah kali pertama kami beraya kat K.L setelah 20 tahun tinggal kawasan ni. selalu korban kat kampung jer. Kat Mesjid ada 8 ekor lembu dikorban, kat surau fasa yang berhampiran ada 10 ekor dan surau fasa kami tinggal ada 4 ekor, kena bahagi2kan kawasan, kalau tidak banyak sangat korbannya satu tempat iaitu kat mesjid nanti lambat siap, disuruh buat di Qariah yang berhampiran.
Aku tak tulis lah bab-bab anak arwah yang sangat sedih tu, ada dua anak perempuan, eldest 9 yrs old dan adik baru tadika, the wife sangatlah muda dan sangatlah tabah...buat aku terharu kalau menulis hal-hal begitu. Arwah ni memang tersangatlah baik nya dengan Apak, macam adik beradik...Apak tersasa sunyi sejak akhir2 ni, aku faham. Biasanya Haz*** akan call Apak petang dan malam2 depa keluar minum2 dan lepak2 kat Coffee Bean kat Ampang City....atau kat Mapley (mamak stall lah tu)Tak pernah habis sembang mereka tu..Arwah pun selalu cakap ngan isteria dia, kalau jumpa Kak *** dia mesti "beletieq" soh sholat Dhuha lah,..sholat tahajjud la..sholat Hajat la...Sabaq aja la...sekarang ni aku pun tak bolih nak beletieq kat arwah dah...kalau masuk wad, aku akan beletieq kat dia...bawak keta tak hinggat, ni Perdana dia hancur terlanggar pokok..kuar tv, kuar newspaper...Apak kata, Apak is supposed to meet him that night, tapi kita merancang, ALLAH yang menentukannya...Syukur, alhamdulillah...Ada hikmah disebaliknya...tak bolih nak meneruskan....

Wednesday, January 04, 2006

Hari-hari yang sibuk
Sambutan tahun baru?...sama seperti tahun2 yang sebelumnya....aku dan Apak berdua sahaja. Rani pergi kerumah ayah cik dan mereka gi Mara buliding K.L ke kedai Enal dan tunggu hingga malam untuk pergi ka dataran merdeka.Along dan Ad pun keluar ngan kengkawan. Kami lepak2 tengok tv dan anak jiran panggil ajak tengok bunga api yang dilancarkan olih jiran kami....few blocks from our house....Ku tak ada azam tahun baru,tak pernah pun berazam untuk tahun baru....for me life has to go on......Yang pasti aku dan belikan all my nieces and nephews baju sekolah dan kasut 2 pasang sorang. Duit hostel dan yuran Wawa pun rm600.00 gak...Hostel si Along ngan 'Ad lagi...Ira called kata lum beli baju sekolah....rushed to her house to bereskan segalanya. Macam mana aku nak optional awal?....memang aku nak pencen rasanya, apakan daya buat masa ni aku kena bersabar lagi...sampai bila ya aku kena support mereka?...aku tak merungut, ada rezeki, satu macam tanggung jawab pulak....kirakan zakat dan bayar pada waris yang terdekat yang memerlukan.In a few years time anak2 sedara ni habislah mengaji dan insyallah aku bolih pencen...nak tunggu masa tu entah2 memang pencen wajub pun sampai....Semalam Along tepon around 3.30ptg dan tanya, "ME sibuk ke?"...aku kata "memang sibuk"..."Tak pe lah" dia jawab. Aku cepat2 kata "dah okay dah"..."apa hal?" Aku memang tau kalau dia tepon masa aku keje mesti ada hal urgent nih...."Nape Long"....aku berlembut agar dia bagitau apahal sebenarnya...."Along accident nih..." berderau dada aku...."are u o.k?". "sikit jer...ada budak langgar motor...kawan Along kaki dia bengkak, Along ada some bruises jer...kengkawan dah ramai tolong, Along kat Balai Polis ni buat report, budak yang langgar tu lari...motor teruk....ME Along nak duit sikit nak repair motor,...o.k...ME tepon Apak. Nak ME dan Apak dtg ker...tak payah lah, nanti kawan hantar balik....Terganggulah minda aku pasal kemalangan yang dialami Along....bila dia balik aku tengok cuma luka2 sikit dan motor tinggalkan kat Shah Alam...panjanglah citernya...dan rupanya budak yang langgar tu lari dari dikejar student lain sebab mencuri kat hostel-hostel student tu...kantoi kena tangkap tapi dapat lari pecut motor dia ngan laju dan terlanggar Along ngan kawannya...'Ad pakai keter gi kolej, Along naik kapcai senang elak jam katanya. Risau betul aku tiap kali kolej buka, mesti pesan elok2 naik motor tu, mesti konvoi ngan kengkawan kalau nak balik...
Sumer dah balik sarang memasing...bebudak dah balik kampung, yang besar2 dah balik asrama...tiggal lah ME dan Apak tergolek-golek....episod dapur tak berasap pun bermula. Tapi kan.....Apak nampak macam bengang jer ngan ME apabila jam 8.30mlm....'cos ME tak bolih gi mana2....glued to tv sebab nengok citer korea...tv8 jam 8.30-9.30mlm dan diikuti olih NTV7 jam 9.30-10.30mlm ! After that baru kami pi supper!.
Semenjak cuti sekolah dan hari raya, rumah kami riuh rendah dan episod kedapur berterusan, sekarang ni terasa sunyi pulak lah rumah kami ni....berdengung telinga...Raya Qurban, aku dah minta cuti untuk staff aku dari boss....yang seronoknya, semalam kawan aku, Mayang datang dan seperti biasa tiap raya qurban dia akan offer dirinya memasak untuk kami....dia dah pencen (optional gak) dia tanya nak masak ketupat ngan rendang ayam dan daging ker?...set!!. Hai seronoknya....malam raya baru balik kampung agaknya....Biskut raya ada lagi?. Joe kata dia nak minta cuti pada hari raya tu...Aku jarang dah join chat, tak de masa, kalau ada pun membaca chat yang lain2. Si RN tu tak de pulak email kat aku....Agaknya Kak Pah dah jumpa ke blog ME ni?...nothing special, sekadar coretan harian mak cik blogger...