Mak Ety

Tuesday, May 22, 2007

Apakah relevance nye gambar diatas?................It is very true...............in real life, that's what happen....

Balik Ipoh

Hari jumaat 18/5 kami balik Ipoh, konon nak pegi kuala kangsar jalan-jalan nak melihat suasana sambutan Raja Nazrin kawen...tak kesampaian sebab sampai dah 11.00 mlm. Malam besohnya pun tak dapat pegi sebab AF 5 habis dah 12.30 mlm.

Aktiviti di Ipoh seperti biasa, pagi sabtu pegi pasar tani kat stadium perak depan rumah dan had btreakfast ngan Apak sebab Apak nak makan mee kari kat one of the gerai kat pasar tani tu. Pastu lami pergi pasar Ashby road untuk cari ikan sungai dan dapatlah ikan lampam untuk masak tempoyak dan beli juga ikan talapia untuk goreng. Hari tu masak tempoyak ikan sungai, tersangatlah sedapnya.....Apak makan lagi masa minum petang, tak hingat donia!. Ayah Alang pun banyak makan nya...sampai Mak Yang sound kat dia...'cos dia ada diabetic, kena la control makan. akde ape2 aktiviti, Wahid n family pun dtg, abang Ta n family pun dtg. alau kami balik Ipoh, sure depa dtg kumpul ramai2...Mira dapat 5A saja masa SPM...so ME bagi RM 150.00 hinggit jer, tak tau kenapa result dia teruk, masa SRP dpt straight A's.

Masa kat rumah tu, kami berhimpit-himpit la depan TV, almaklumlah rumah teres tu kecik jer...yang tua2 berhimpun kat hall menyembang sambil baca paper dan baring2...yang kanak2 pulak, kat bilik komputer kat atas main games...kami2 ni (ME perasan muda..he..he..) melepak depan TV.

The next day ME, Apak, kak Yah n Wak serta Dr. A gi breakfast kat jalan Jelapang, mee kari lagik!..ME makan mee goreng, nasik lemak kongsi ngan Apak then roti bakat ngan telor!..amik kau!....mana tak gumuk...sesekali balik Ipoh, koje nye makan jer...pastu gi pasar, beli ikan keli dan ikan talapia lagi...dan buat kerabu pucuk paku....Kak Yah ni rajin masak tapi slow motion sesangat...koje nyer beralun...ME siapkan segalanya, dan masak lemak udang pun siap, Kak Yah cuma buat kerabu dan Apak buat sambal untuk ikan talapia...then ME gi shopping ngan Dr. A kat Tesco....

Lepas 'asar balik k.l n stop maghrib kat R n R Tapah. Seperti biasa singgah menebeng kat shalala, kopi nya sedap....waitress dia bagi tau, "kopi ni pahit dan tak sedap", "takpe, biasa dah minum kopi ni"....agaknya dia tak pernah nampak orang melayu minum kopi ni kot..selalu orang order coffee latte, ice blended coffee dan yg sewaktu dengan nya...makcik n pakcik ni minum kopi jer...fresh brewed coffee!...

Sampai KL kol 9.00mlm.

Tak dapat nak tengok bandar kuala kangsar.....

Monday, May 14, 2007


Just arrived from Cerating.

Terus ngadap computer. Bermalam di Cerating dan mother's day kat Cerating with Apak.

This morning jalan2 tepi pantai yang catik dan redup. Gosok kaki ngan pasir pantai, then Apak hulur kaki minta gosokkkan kakinya, aku gosok dan kelihatan kaki kami bersih dan cerah....

Kami akan datang bercuti keCerating 2-3 bulan sekali. Kami memang suka suasana perkampungan nelayan di Cerating. Sesampai hotel, simpan beg dan terus pergi ke Kuala Kemaman makan satar dan otak2....sedapnya......than balik hotel, lepas sholat jama' terus tidur....

ngantuk la...