Mak Ety

Wednesday, February 08, 2006

suasana yang sibuk


Dah lama tak menulis ni, bukan nya pa, sekadar kesuntukan masa, tapi baca blog orang lain ada masa pulak tu. Setelah meningkat usia ni, ME tak rasa apa-apa pun, sama jer. Apakah perubahan yang terbaru? tak ada. Buat masa ni ME tak sibuk kat rumah tapi sibuk kat ofis. Kat rumah tak payah masak hari-hari. Bab masak tu kekadang masak jugak, kalau teringin nak makan masak lemak ikan ngan belimbing besi ker, atau gulai taucu ikan mgam cili hijau campur timun ker, sedapnya. Masalahnya ME ngan Apak jer yang makan, bebudak sumer kat asrama, weekend jer balik, ada yang kena pergi visit kat asrama, siap tepon, ME nanti kalau visit bawak KFC ker, McD ker atau gulai keladi masak asam ker, air kotak sedozen atau juice....eh...eh...banyaknye la ME nak kena list kan. Yang kat rumah nak kena masakkan, yang kat asrama nak kena bekalkan.
Sebenarnya ME sakit belakang ni, PID dah bertambah cronic, sakitnya sampai kekaki dan kalau berdiri more than 10 minutes, sure kebas dan sakit. Alahai, dah puas ME pi urut ker, ke Melaka, Johor, Perak dan pantang dengar ada tukang urut yang elok, ME dan Apak akan pergi. Bab Hospital bahagian Orthopaedic ni dah puas follow-up. Kalau pasa MRI ker, CT SCAN ker, dan 7 kali dah ME kena buat, kalau kat private hospital tu dah berlemon-lemon ME kena bayar. Kalau tak silap sekali MRI kena bayar paling minimun rm 800.00. Dah buat minor surgery kat spinal ari tu...buat kat bilik bedah, sedar pulak tu dan kena meniarap pulak tu, dapatlah tengok procedure yang dilakukan kat monitor Tv tu, Dr. tu masukkan jarum kat spinal dan dye dan dapatlah tengok tube tu menjalar kat spinal dan Dr. tu buat SPINAL BLOCK katanya untuk mengurangkan tekanan pada spinal dan menghilangkan kesakitan, biasa ianya akan berjaya dan pesakit tak rasa sakit selepas buat spinal block melainkan dalam keadaan yang kronik !!Selama seminggu lepad tu ME rasa sangat selesa dan tak rasa sakit bila bangun tidur atau semasa nak ruku masa sholat tu, akan tetapi selepas seminggu sakitnya datang lagi. Apa yang mampu ME buat?...malas nak citer kat sini banyak-banyak, sedih jadinya. Tapi heran ye, ME punya pain threshold atau semangat menahan sakit (sabar ngan kesakitan tu...) kira kuat gak, dah lali ngan sakit-sakit ni, bersyukur kehadrat ILLAHI kerana bagi ME itu sakit bisa bolih tahan, berdo'a ajelah, yang penting bolih sholat, orang lain lagi la teruk sakitnye, terbaring jer. Citer pasal terbaring jer ni, itulah yang ME takut, Dr. kata nak buat surgery kat spinal ME bagi release backbone yang menekan saraf kat belakang tu, tapi katanya tak la bolih jamin 100% o.k, sebab tulang ME dah reput. Dia nak skrukan tulang belakang tu supaya dia tak tindih nerve. Nerve tu kena tekan/tindih tu yang menyebabkan sakit dan lama-lama kebas kaki kanan tu. Kalau tersilap, terpotong spinal cord....kan ke lumpuh jadiknye!. Ya ALLAH, jauhi sumer itu. ME terus berdo'a agar dapat cari atau sesapa akan bagitau tentang tukang urut yang bagus...dulu ada sorang Pak Haji tu, orang Londang kat Mesjid Tanah, dua kali ME berurut ngan dia, alhamdulillah, bukan pun ada dia mengurut ker, picit-picit ker, tak ada apa-apa, dia cuma rasa-rasa belakang dan cakap ni kat lumbar 4 dan 5 ni yang tak betul ni, orang ramai yang datang berubat pun dengar dan tengok, sebab sumer orang yang berurut tu duduk berdepan-depan, sambil dia ajar orang-orang yang datang ayat-ayat Qur'an yang perlu dibaca kalau sakit. Pemurah ilmu betul Pak Haji tu, macam-macam tetamu tanya petua kat dia, sumer diberinya. Semasa ME pergi tu, tengah sakit kuat dan tak bolih bangun, minta kuar wad kejap untuk pi Melaka. 3 hari lepas tu, alhamdulillah terus bolih bangun. Kalau tidak, terbaring jer kat katil hospital tu dengan traction ikat kat pinggang kaki katil ditinggikan dan botol air 5 kilo gantung kat kaki katil!. "NO VISITOR " !!!
Pak Haji tu bacakan Do'a kat air tu, dan siap ajar lagi ayat Qur'an apa yang perlu dibaca, masa tu ME tengah sakit, manalah nak ingat, Apak pun tak ingat. Air tu diminum tiap hari. Tahun 2004, beliau gi ke Mekah lagi mengerjakan Haji, sebelum dia pergi, ME ada pergi melawat. @ minggu balik dari Mekah, anak dia beritahu, Pak Haji meninggal dunia dan beliau tak sakit apa pun. Sampai sekasrang ME tak jumpa sesapa lagi macam beliau tu. ME mula sakit belakang ni tahun lepas dan pergi balik ke ortho clinic, berkoyan pain killer yang diberi, ada tu bila Dr. prescribe ubat tu, seminggu kemudian Dr. tu tepon kata stop taking the pain killer, it has been banned in the U.S!!! pulak dah...our MOH ordered to call all the client and informed them about that!. ME dah telan berkoyan gak lah ubat tu...
Jadi nye, sampai sekaranglah ME dalam keadaan kesakitan bila berjalan atau berdiri lama sikit.
Blog ME ni tak ada orang baca kot, almaklumlah, ME tak lah war-warkan kat mana-mana. Kalaulah ada sesiapa terbaca blog ni, bolihlah tolong bagitau ME kat mana tempat berurut yang bagus terutama untuk spinal problem?.....harap-harap adalah. E.mail atau comment kat blg ni, dan beri alamat, kalau tak tau alamat, bagi landmark pun tak apa dan nama beliau...
Kat Melaka ME dah pergi 3 tempat, Imam Haji Mazlan kat Jasin, Tok ape tah...dah lupa, kat Kampung Cincin, Melaka gak, dah pergi Segamat...dah pergi ke Kuala Rompin, banyak dah, lupa pulak dah. Adik ME ada suruh pergi ke Kota Bharu, Kelantan atau specific nya kat Pengkalan Chepa, berurut ngan Mak Su. ME dah tepon dah sat tadi dan appointment berurut tu jam 9.30pg Ingat nak berangkat Ke Kota Bharu saturday morning. Yang jadi masalahnya...ME dan Apak tak pernah drive to KB. Kalau ME atau Apak outstation ke KB, naik flight atau kalau ME nak ikut Apak outstation ke KB, driver yang hantar (kes nak pi shopping barang siam kat Rantau Panjang), jadi mana tau jalan, Apak tidur je penat meeting atau melawat. Dah tanyalah ngan kengkawan macam mana nak pergi tu....dah pilih hotel yang nak tidor tu...Apak suka dok kat Perdana Resort kat PCB tu...tepi laut, kalau renaisance tu kat Bandar. Anyway kalau naik flight tak dapat singgah 'Pondok', hajat Apak nak singgah atau melawat pondok-pondok tempat orang mengaji tu, tinjau-tinjau kalau-kalau ada tempat kosong untuk masa depan. Apak memang pernah cakap kalau pencen nak dok pondok nak tambah ilmu akhirat, aku setuju aje.
Aku kata kalau pondok tu ada kosong, kita tidur aje kat situ, ME dah dapatkan alamat one of the pondok, kebetulan adik kawan ME mengajar dan penjaga one of the pondok tu. Katnya adik dia grad dari Mesir dan mengajar situ ngan gaji cuma RM 400.00 sebulan dan 7 orang anak dan tak pernah komplen apa-apa, redha mengajar kat situ dan tak minta kerja tempat lain. Nanti nak pegi pasar Siti Khadijah, nak pergi rantau panjang...itupun kalau tau jalan...kawan ramai kat KB, cuma malas nak contact, Apak nak contact manager Perdana Hotel KB, staff dia dulu tu, engineer dia, berenti dan kerja kat Perdana Hotel, he's Kelantanese nice and very humble guy. Nak pi rumah Pok Nik kat Kg. Melaka, kena carilah, 'cos tak pernah pergi....La...nak pergi berurut ke nak merayap ker?...kalau Apak tau what's in my mind, habislah ME !. Nanti bolih makan nasi kerabu ori, nasi dagang ori, dan nasi berlauk ori....
Jap tadi tepon adik yang kat Mersing tu...bagitau dia ME lom beli baju baby...ME janji nak sponsor segalanya untuk first baby dia!...wa, seronok bukan main lagi dia....tak bagitau la kat dia dah survey kedai-kedai...wa mahal-mahal wo, satu baju kecik for newborn cost rm 15.90, lom seluar lagi another rm 15.90, tunggu sale lah, kalau-kalau turun harga. Bagitau adik ME nak gi KB berurut tempat yang dia bagi tau tuh.