Mak Ety

Tuesday, February 27, 2007

Cerita 1.

Baru rasa nak menulis...dah lupa password la pulak. Aku sibuk sesangat sejak akhir-akhir ni, tapi aku ada masa lak nak baca-baca blog, itu masa kat rumah, tapi kat opis pun ada masa jenguk tag Joe dan kekadang tu curi masa gak sembang ngan budak-budak muda tu. 14.2 hari tu aku kena present paper dan jugak present lawatan ke Hong Kong hari tu. Ramai lah yang datang, almaklum dah diwar-warkan , pulak tu aku sorang jer yang present paper, pastu adalah workshop dan seperti biasa adalah sesi makan-makan, minum-minum. Aku tak sangka ada sorang tetamu ni datang jumpa aku dari jauh dah tersengih-sengih hulur tangan...ucap tahniah dan terus bagitau aku bahawa nama aku dia dah tahu mesti aku lah tu yang present paper, tengok aku atas stage tu agak blur sebab dia duduk jauh, bila ada gambar aku kuar kat screen dalam power point aku tu...dia tak syak lagi, pasti aku tu...dia pun berceritalah dengan kawan-kawan dia bahawa speaker tu schoomate dia di KKB, junior dia masa sekolah, all in all dah 31 tahun tak jumpa, sekali sekala dia ada dengar nama aku kenkawan citer, tapi dia tak pernah jumpa. Aku ni masa sekolah dulu femes gak.....aktip ngan persatuan. Aku wakil sekolah untuk debate lah, bersajak lah, bersyarahlah...berlakun lah...menarilah,..sumernyalah!. Tapi aku tak aktip kat padang, setakat lari-lari gitu jer untuk memenuhi syarat bersukan. Round Malaya cikgu bawak, itu lum lagi aktip ngan Kesatuan Pelajar2 Melayu selangor, GPMS, Belia dan macam-macam lah. seronok jugak ingat citer-citer lama dalam usia begini, rasa baru semalam jer melalui zaman sekolah dan muda remaja. Berbalik kepada kawan aku tadi tu, dia ni Indian lady, sweet lady dan tak macam Indian yang lelain tu....she was so happy to see me, aku cuba ingat-ingat dia balik...almaklumlah dia bukan nye sekelas aku, dia senior aku sekolah dulu dan aku ni kan peramah, taklah aku tunjuk aku tak hinggat dia, aku sembang ceria lah ngan dia dan kami flash back citer cikgu-cikgu kami masa sekolah dulu, seronok sembang ngan dia, such a soft lady and humble. Kami citer kawan2 kami yang telah tiada, dia citer ngan aku kawan2 yang masih single dan kawan2 yang telah single. Dia kenalkan aku ngan kawan-kawan dia yang datang bersama. Kami sembang dan berpisah pada petangnya. Masa aku sekolah dulu, aku kawan ngan sumer bangsa, Cina, India, Benggali, Serani, we speak English at school...tapi 'ntah mana tah kengkawan aku tu sumer, rasa rindu plak bila teringat zaman sekolah, sumer kawan aku adalah best friend tapi tak keep in touch, nape ye? Aku tak pernah join alumni sekolah, so aku pun tak tau perkembangan mereka.
Cerita 2
Pada 26.1 aku, Apak dan A pergi Kota Bharu. Kami bertolak dari K.l jam 11.00 mlm dan Apak drive. Bas-bas express ke KB dah tak ada, sebab bas akan bertolak dari K.L jam 9.00-10.00 mlm, jadi jalan agak sunyi cuma ada lori sekali sekala. Sepanjang jalan bolih dikatakan sunyi. Aku seram bila jalan antara Raub, Kuala Lipis ngan Gua Musang tu sesunyi-sunyinya dan pulak tu bengkang bengkok. Kami berhenti rehat di Gua Musang, aku ngantuk dan suruh Apak rehat jap dan kami tertidur sampai subuh. Singgah sholat kat mesjid Gua Musang dan terus ke KB. Kami sarapan di Machang, makan nasi berlauk ngan ayam bakar, aku tambah ayam bakar tu sebab sedap sesangat. Sampai KB dan terus check-in kat hotel Perdana. Aku tepon kawan soh jemput jam 12.00 sebab tak tau macam mana nak gi umah dia. Apak tak mau ikut sebab dia ada appointment ngan Manager Hotel tu (kawan Apak), So aku pergi lah ngan A. Rupanya, kawan akau buat kenduri kawen anak nya macam kenduri biasa jer, adalah kemah tapi tetamunya ahli keluarga jer. Rupanya tetamu datang sepanjang masa sikit-sikit kata kawan aku tu dan ianya akan berlanjutan hingga malam. Punyalah sunyi nyer, aku bolih tertidur masa duduk kat sofa. Yang pasti tak de pelamin, tak de muzik, tak de marhaban. Tetamu yang datang, sedara mara jer dan makan, sembang dan balik. Aku ni yang datang dari jauh ni pun dapat 1 (satu) bunga telor jer!....itu pun bunga telor pahar, tetamu lain non ada bunga telor !. Aku pun minta tolong adik kawan aku tu hantar kami balik hotel jam 2.00ptg. Sebenarnya aku jemu dan bosan!...Apak pun ketawa dengar citer aku, tak baik Apak kata, makan la telor tu...aku masih lapar, dan ajak Apak dan A pergi PCB makan junk food yang bergoreng tu...fried seafood cecah sos!, petang tu pulak terus pergi ke White House yang femes kat KB tu makan roti bakar, half boil egg dan kopi....sedapnya. Setiap kali gi KB mesti singgah kat White House...Alangz kena tau tempat ni, tapi si Zure tu tau ker White House ni?.....
The next day selepas sarapan, kami bertolak balik ikut Trengganu, singgah makan dan santai sekejap kat Pantai Batu Burok...sholat kat Mesjid terapung yang putih tu, terus balik dan singgak Kemaman dan minum petang kat kedai kopi yang femes kat kemaman tu, 'Kemaman Kopitiam' makan mee kari, roti bakar dan terus balik K.L Sampai K.L 9.00 malam, penat duduk lama sangat dalam keter. All along, Apak lah yang drive.
Cerita 3.
Besday aku 20 Januari dan aku pun tak buat apa-apa, macam biasa, tak kuar dinner, aku masak aje la kerjanya kat rumah. Macam biasalah rumah aku ni weken aje ada tetamu. Anak aku pun ada balik, pastilah kena masak-masak. Apak pun tak bagi hadiah ape-ape. aku dah biasa dah, tapi tak kuar dinner tu tak biasa!. sebenarnya aku yang tak mau kuar, ntah kenape tah....jemu makan luar dah aku ni, agaknya dah tua ni selera dah berubah. Aku masak lah ketam sweet sour dan Apak nak ketam masak lada hitam/kicap, so ada 2 dish ketam.
Tapi kan, kawan aku ni ajak gak aku ngan Apak makan kat Cozy kat Ampang Park tu...kami order shark fin soup, itu ajerla yang aku suka. Kawan aku tu seperti biasalah mengorder makanan....oh ya, kami pergi on sunday, 21.1 'cos besday kawan aku tu 23rd Jan. so dia lah belanja..he...he..
Cerita 4
Cuti raya cina kami tak pergi mana-mana, Kak Yah tanya samada kami balik Ipoh ker, Apak kata tak balik sebab nak rehat kat rumah aje. So kami betul-betul berehat, Apak pergi jemput anak kat Melaka sebab tak dapat tiket bas dan seperti biasalah kerja masak-memasak ajerlah. Anak-anak sedara jer yang riuh rendah kat rumah, bergayut ngan ternet dan komputer jerlah keje dia orang tu, bolih dikatakan 24 jam rumah tu ada ajer yang berjaga, bebudak ni tak tido agaknya. Aku terjaga kol 2.00pg sembang lagi, kol 4.00pg sembang lagi, sampai subuh pun TV on, dan sembang lagi...entahlah, aku malas nak tegur, cuti sekolah o.k la.
Cerita 5.
Pada 7.3 ni kene gi dinner Puspanita...kawan aku ajak bertolak dari opis, sebab dinner kat Shah Alam. O.k gak tu, dia akan arrange driver hantar dan jemput kami. Aku sebenarnya tak mau pergi....tapi serba salah la pulak. Pengerusi Puspanita tu kawan aku, suami dia kawan Apak...KSU tu...aku segan nanti dia ajak sembang depan kengkawan lain, apa pulak kata depa..wah...KSU tu kawan dier....macam aku sengaja nak pergi...aku plan nak duduk jauh-jauh dari meja VVIP nanti, supaya dia tak nampak. Tahun lepas masa seminar kat Melaka, aku tahu lah KSU yang akan meresmikan seminar tu, so aku sengaja duduk kat belakang sekali bersama urusetia supaya dia tak nampak aku...tup..tup...dia masuk ikut belakang dengan diringi olih pegawai2 kanan dan pengarah2 dan direct dari pintu belakang tu dia ternampak la aku...sambil2 salam ngan tetamu lain, dia terus tuju kat aku, termalulah aku...sebab dia kata lama tak jumpa, sembang lah dia sungguh2 ngan aku, dan bagitau pegawai lain aku dan Apak adalah family friend dia dan Apak adalah classmate dia. Dah sembang barulah beliau kepentas. Sumer kengkawan pun pandang aku semacam jer......Aku memang tak pernah contact dia pun...begitu gak ngan Apak. Masa balik tu, dia cari aku lagi dan siap bagi nombor talipun bini dia suruh aku contact, katanya bini dia selalu tertanya-tanya aku kat mana. Baik KSU ni, tak sombong...tapi masa dia jadi SUB...dia adalah "YES MAN" pada bos-bos dia!....Aku pun tak contact pun bini dia....
Apa yang aku dengar dari kawan aku la. anak dia yang sebaya ngan anak aku...21 tahun ada masauk wad kat HKL...anak dia handsome, almaklumlah, bapaknya pun kacukan mamak. Masa kami kat U.K dulu, dia terjumpa sepupunya tinggal kat Manchester dan pure Pakistan dan mereka pun menjejak kasih sampai Pakistan. Anak KSU ni masuk wad Psy, tak tau lah kenapa....stress agaknya. Aku pun malas nak tau lebih-lebih. Anak yang sulung masuk UITM sama Along, dia ambil Engine agaknya...tak tau sekarang kat mana.
So, sebab itulah aku tak mau dia nampak aku masa dinner tu....nanti tercerita hal anak-anak....kan susah.