Mak Ety

Thursday, August 09, 2007

Alahai................


Lama dah tak buat posting. Sebenarnya tak de mood nak menulis walaupun difikiran macam-macam nak tulis. ME respek la pada deme yg sentiasa hapdet blog. Bila lah ME nak rajin ni?. macam2 dah dilalui sejak 2 menjak ni. Sejak bulan Jun hingga awal Ogos ni, ME sibuk asyik outstation jer. Pergi Kota Bharu dah 4 kali, naik jemu gi KLIA tu....Apak antar ke KLIA dan dia lum sampai umah pun, ME dah sampai KB! tu tandanya betapa jauhnya KLIA dari Gombak + jalan jammed. Setiap kali gi KB tak sempat nak shopping sakan, tapi shopping ala kadar jer...sempat gak sambar beberapa pasang batik dan beli baju kurung batik yg dah siap jahit. Bila la pulak nak menjahit baju batik tu, kedai dah tak terima lagi kalau tempahan untuk raya. Tempah jugak lah untuk pakai bila2 pun.



12.8.07 rasa nak join besday party budak2 reban kat ayam golls, tapi singgah jer kot kejap, neway ME dah order kuih2 untuk deme makan2 nanti. ME jer la otai yang join kot?...Saja jer suka2 ngan deme tu, al-maklumlah...tag Joe tu la penglipur lara ME kalau tensi!....rasa mesra ngan bebudak tu.....biar pun mereka tu muda2 belaka, tapi sangatlah baik2 hati belaka.




Gambar kat bawah ni khas buat "geng-geng jahat" kat reban Joe tu.........peace!.....





ME ramai lah kawan kat opis tu, ada best friend, ada close friend ada friends jer ada mcm2 kategori friends ni....akan tetapi the taggers kat blog Joe is really a young friends of mine.....Baru sekali ME jumpa deme tapi macam dah mesra jer. Dengan sembang sesekali kat chatbox pun rasa mesra, nape ye?...Some of them tak tau bahawasanya ME ni dah nearly separuh abad dah umoq......


Buat masa ni yang otai ME dan Aunty Yan jer , Aunty N, Aunty Mutiara, Feza dah tak jenguk tag dah....bebudak tu tak terasa ker kurang kemeriahannya tag tu tanpa kehadiran aunties tu?....sebenarnya kalau ada makcik2 ni, dapat lah berkongsi pengalaman dan info ngan mereka yang muda2 ni.....Tapi, entahlah....macam sepi jer respon deme. Neway, ME akan terus berkomunikasi ngan deme selagi tak kena "ban"...kerana tag itulah hiburan dan juga merapatkan sirahturrahim ngan adik2 dan anak2 di reban tu.

Cerita lain....
ME ni dah tua, cepat penat...biasanya balik rumah relax jer, tak yah masak ker hape ker...lepas sholat nengok TV, ngadap komputer, nengok tag kat Joe's blog, minum2 dan tidor. ME ngan Apak jarang makan malam. Weekend, jika anak2 ada kat umah baru masak dan biasanya ada jer la tetamu datang weekend.


Aunty Mutiara ada balik dari US bercuti ngan Debbie, tapi ME masih tak jumpa beliau. ME dah bagi No. tepon kat dia, tapi dia tak call pun...kat mana dia sekarang?.


Nampak gayanya, ME tak jadi gi Umrah, plan nya nak pegi bulan Ogos, tapi Apak busy...bercuti pun tak sempat. Kawan2 ramai yang sedang berposa sempena Rejab, ME tak posa pun bulan rejab ni....bila lah nak mula ni, posa ganti dah buat dah. Biasanya ME posa syawal, sunat dan qado sekali.


Dapat bercuti dan bersantai kat tempat2 mcm dalam gambar ni kan best!.....



Kat opis hari ada perhimpunan bulanan dan sambutan minggu kemerdekaan. Pastu ada jamuan skit, ME tak pegi jamuan tu, tapi ada par tolong ambilkan untuk ME makanan tu pulak, terpaksala makan...terpaksa?..he...he...itu rezeki namanya.
hanya ini saja buat hari ini.....

Labels:

1 Comments:

Post a Comment

<< Home